Assalamualaikum.
Syukur padaMu Ya Allah atas kurniaan yang terindah ini. Lama tak update blog ni. Kekangan waktu yang amat terbatas. InsyaAllah, dikesempatan yang ada ini, aku akan ceritakan sedikit sebanyak aktiviti sepanjang tempoh tak ter'update' blog ni.
Biasa la, hujung2 tahun ni.. semua guru akan sibuk dengan urusan sekolah. Nak-nak lagi guru yang terlibat dengan peperiksaan besar. Tak kira la UPSR,PMR,SPM,STPM & STAM. Alhamdulillah, tahun ni aku tak terlibat dengan sebagai pengawas peperiksaan mahupun pemeriksa kertas SPM. Bukan nak lari dari tugas, cuma ingat nak rehat setelah hampir 13 tahun memegang amanah sebagai pengawas peperiksaan SPM dan pemeriksa kertas soalan PAI (SPM). Biarlah tahun ni aku rehat. Bagi masa yang secukupnya buat isteri dan anak.
Awal cuti sekolah baru2 ni, aku sekeluarga telah bercuti ke Port Dickson. Alhamdulillah. Gembira bila lihat insan yang tersayang bahagia. Walaupun dia tak pernah minta dibawa bercuti, namun aku ingin sekali membahagiakan dirinya.Alhamdulillah, dia nampak seronok dan ceria di sepanjang percutian kami.
Tambahan pula, waktu cuti baru2 ni, dia telah berkesempatan untuk berjumpa dengan insan yang dah banyak mengubahnya, Ustazah Ramizah. Alhamdulillah, walaupun sekejap..namun jelas terpancar kegembiraan dan keceriaan di wajah isteri kesayangan ku. Begitu juga ku lihat ustazah cukup senang dengan pertemuan tempohari. semoga ia menjadi titik pertemuan yang cukup bermakna buat Hannan dan ustazah. Terima kasih ustazah atas jalinan ukhwah ini.
Alhamdulillah, buah hati walid pun bukan main seronok lagi dengan percutian baru2 ni. Kenangan mandi pantai dan menyusur pantai teluk kemang, tetap segar dalam ingatan walid sayang. Semoga Hero walid ni membesar sebagai anak yang soleh ye sayang.
Cukuplah setakat ini cerita hari ini. Panjang umur, aku akan bercerita lagi. Buat isteri abang, pencarian mu itu pasti akan berakhir juga nanti. Teruskan usaha. =)
"Ya Allah, jadikanlah isteri dan anakku hamba yang taat padaMu. Satukanlah hati2 kami dalam keredhaanMu. Sesungguhnya aku amat bersyukur atas ni'mat kurniaanMu ini. Jadikanlah kasih sayang yang tercipta antara kami ini sebagai 1 ibadah dalam kehidupan kami sekeluarga. Ameen.."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan