Ahad, 28 November 2010

Terima kasih.

Salam 'alayk..

Berapa ramai para suami hari ini yang mampu mengungkapkan TERIMA KASIH kepada isteri masing2? Tepuk dada tanya hati masing-masing. Bukankah Allah ada berkata..barangsiapa yang tidak berterima kasih sesama manusia, maka dia juga tidak berterima kasih kepada Ku. Kadang-kadang, sebagai suami, kita ego. Betul tak? Bila buat sesuatu kita nak isteri kita hargai. Tapi bagaimana dengan diri kita? Adakah kita menghargai setiap titik peluh isteri kita? Dia adalah segalanya.. Di rumah, dialah pembantu kita yang setia. Tak pernah mengeluh. Tak pernah meminta balasan atas setiap khidmat yang diberikan.

Lupakah kita akan isteri kita yang mengandungkan zuriat kita? Melahirkan zuriat kita? Mengasuh dan mendidik sehingga menjadi insan yang berguna? Lupakah kita akan semua itu? Kenapa pada hari ini ramai sangat sang suami yang akan menyalahkan isteri bila sesuatu yang tak elok berlaku pada anak2?

Lupakah kita yang anak2 itu adalah amanah Allah buat kita SUAMI ISTERI..? Jadi ia adalah tanggungjawab bersama. Janganlah sang suami hanya nampak silap isteri bila anak2 jadi x ketahuan. Boleh jadi ia juga berpunca dari diri kita.

Mulai hari ini belajarlah mengungkapkan Terima Kasih pada isteri - isteri anda.Ingatlah segala pengorbanan dan penat lelah mereka selama ini. Hargailah mereka. Kerana mereka adalah teman anda di kala susah dan senang. Jangan lah perhambakan isteri dan meletakkan dia di tempat yang tak sepatutnya.Tak jatuh nya martabat anda sebagai suami kalau buat baik pada isteri.

Sekiranya ingin di hargai..Kita terlebih dahulu kena belajar menghargai. Jangan di tunggu ungkapan Terima kasih dari org lain. Sebaliknya belajarlah mengungkapkan terima kasih itu terlebih dahulu. InsyaAllah.. Allah dah janji kan..setiap yang kamu buat itu kamu akan terima kembali. Buat baik..kita akan dapat baik. Buat jahat..sendiri mau ingat la.What you give..You can get back! Ingat tu.

Buat isteri ku yang tersayang.. Terima kasih atas segalanya. Abang begitu bertuah punya zaujah sehebat kamu. Di rumah..kamu adalah isteri..di jalanan kamu adalah sahabat. Di kala diri ini kebuntuan, kamulah penunjuk jalan. Kamu lah isteri penyejuk mata..penawar hati dan penajam fikiran ku. Abang sayang kamu sangat-sangat. Semoga kebahagiaan ini sampai ke syurgaNya nanti. Terima kasih Ya Allah..Kau telah hantarkan dirinya sebagai pelengkap kepada hidupku. Sebagai sayap kiri perjuangan ku. Terima kasih kerana Kau telah pinjamkan dia untukku. Jadikanlah kami pasangan yang sentiasa dalam redhaMu. Semoga syurga menjadi miliknya dan aku amat berharap agar dapat menjadi suaminya di syurgaMu nanti Ya Allah!

4 ulasan:

  1. slm ziarah kembali..alhamdulillah..entry yang menarik sangat.semoga hubungan ustaz ustazah kian utuh di jalanNya.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..saya cukup2 bertuah kerana mendapat seorang suami yg btl2 bertanggungjawab..ketiga2 kelahiran anak kami,dialah yg menjaga semuanya apabila saya dlm pantang..mandikan baby,merawat baby..semuanya dia lakukan dgn rela hati..bukan senang nk jumpa seorang suami yg begitu penyayang seperti itu..satu dalam seratosss......

    BalasPadam
  3. salam...aku juga pernah berbuat begitu tanpa susunan ayat.....anak2 kami kami jaga sendiri tanpa sokongan ibu @ ibu mertua....isteriku dah mula membasuh selepas seminggu melahirkan anak dan aku tiap2 hari bangun 5 pagi menyediakan lauk untuk isteriku..selama 40 hari..alhamdulillah....kami bahgia walaupun tidak kaya...:)apapun semua dengan keizinanNYA..

    BalasPadam
  4. salam..

    to incik: follow la lagi ye.Terima kasih atas doa yang dititipkan.

    to rmzm : Alhamdulillah, senang hati bila sahabat2 hidup bahagia dengan keluarga mereka. Apa pun..dalam rumah tangga komunikasi itu penting ya. Bertolak ansur antara satu sama lain.

    to ASSOYFINGER67 :Berapa ramai yang kaya harta tapi rumah tangga tunggang langgang? 'ala kullihal, kamu memang mampu menjadi imam yang baik bagi keluarga kamu. Tahniah bro!! Jarang jumpa lelaki seperti kamu. Saya doakan semoga kamu sekeluarga mampu menjadi contoh buat masyarakat di luar sana.

    BalasPadam