Selasa, 22 November 2011

Pertemuan yang bermakna..

Assalamualaikum.

Syukur padaMu Ya Allah atas kurniaan yang terindah ini. Lama tak update blog ni. Kekangan waktu yang amat terbatas. InsyaAllah, dikesempatan yang ada ini, aku akan ceritakan sedikit sebanyak aktiviti sepanjang tempoh tak ter'update' blog ni.

Biasa la, hujung2 tahun ni.. semua guru akan sibuk dengan urusan sekolah. Nak-nak lagi guru yang terlibat dengan peperiksaan besar. Tak kira la UPSR,PMR,SPM,STPM & STAM. Alhamdulillah, tahun ni aku tak terlibat dengan sebagai pengawas peperiksaan mahupun pemeriksa kertas SPM. Bukan nak lari dari tugas, cuma  ingat nak rehat setelah hampir 13 tahun memegang amanah sebagai pengawas peperiksaan SPM dan pemeriksa kertas soalan PAI (SPM). Biarlah tahun ni aku rehat. Bagi masa yang secukupnya buat isteri dan anak.

Awal cuti sekolah baru2 ni, aku sekeluarga telah bercuti ke Port Dickson. Alhamdulillah. Gembira bila lihat insan yang tersayang bahagia. Walaupun dia tak pernah minta dibawa bercuti, namun aku ingin sekali membahagiakan dirinya.Alhamdulillah, dia nampak seronok dan ceria di sepanjang percutian kami.

Tambahan pula, waktu cuti baru2 ni, dia telah berkesempatan untuk berjumpa dengan insan yang dah banyak mengubahnya, Ustazah Ramizah. Alhamdulillah, walaupun sekejap..namun jelas terpancar kegembiraan dan keceriaan di wajah isteri kesayangan ku. Begitu juga ku lihat ustazah cukup senang dengan pertemuan tempohari. semoga ia menjadi titik pertemuan yang cukup bermakna buat Hannan dan ustazah. Terima kasih ustazah atas jalinan ukhwah ini.

Alhamdulillah, buah hati walid pun bukan main seronok lagi dengan percutian baru2 ni. Kenangan mandi pantai dan menyusur pantai teluk kemang, tetap segar dalam ingatan walid sayang. Semoga Hero walid ni membesar sebagai anak yang soleh ye sayang.

Cukuplah setakat ini cerita hari ini. Panjang umur, aku akan bercerita lagi. Buat isteri abang, pencarian mu itu pasti akan berakhir juga nanti. Teruskan usaha. =)

"Ya Allah, jadikanlah isteri dan anakku hamba yang taat padaMu. Satukanlah hati2 kami dalam keredhaanMu. Sesungguhnya aku amat bersyukur atas ni'mat kurniaanMu ini. Jadikanlah kasih sayang yang tercipta antara kami ini sebagai 1 ibadah dalam kehidupan kami sekeluarga. Ameen.."


Isnin, 7 November 2011

Terima kasih.

Assalamualaikum.

Apa khabar sayang? Abang tak pasti samaada kamu dah jumpa atau belum blog abang ini. Apa yang pasti abang masih menunggu komen dari kamu. Tapi.. masih tiada. Itu bermakna kamu masih belum menjumpainya. Tak apalah. Semoga suatu hari nanti kamu akan ketemu juga dengan blog abang ini. Mungkin juga di saat itu abang sudah pergi menemui kekasih yang sejati..

Apa pun, abang ingin berterima kasih dengan kamu kerana sudi menjadi suri dalam hidup abang.Walaupun kamu tahu siapa abang dan sejarah hidup abang. Tapi kamu masih sudi menerima abang seadanya. Menyayangi abang sepenuh hati kamu dan memberi abang zuriat seterusnya mendidik anak2 kita menjadi generasi yang soleh dan solehah. Abang tak sangka yang sayang abang telah mengeluarkan satu kenyataan yang benar2 membuatkan abang terkesima. Abang masih ingat..malam pertama kita sah bergelar suami isteri, kamu berkata pada abang, "abang, jangan terlalu mengharapkan kasih sayang dan rindu dari saya. Kerana kasih sayang dan rindu ini hanya untuk PENCIPTA abang + saya. Sekiranya abang mengharap kasih sayangNya..Insyaallah, pasti Allah akan bagi perasaan kasih sayang itu pada saya. Kerana perkahwinan kita ini hanyalah kerana Allah."

Benar sayang. Kamu mmg sebaik2 wanita buat abang. Kehadiran kamu seolah2 Allah menghantarkan bidadari syurga buat abang. Abang tak pernah rasa setenang ini sebelum bertemu kamu sayang. Dulu mmg abang serik untuk berkahwin lagi setelah dua kali abang gagal dalam perkahwinan abang. Alhamdulillah, mungkin Allah pertemukan abang dengan orang yang salah sebelum Allah menghantar kamu buat abang. Walaupun jurang dan jarak usia kita terlalu jauh (hampir 20 tahun),walaupun kamu dah tahu sejarah hidup abang yang penuh ranjau,tapi itu bukan suatu masalah kan? Terima kasih kerana menerima abang seadanya. Terima kasih juga untuk kasih sayang yang terlalu mahal harganya ini. Terima kasih juga kerana sayang dah terlalu banyak mengajar abang akan erti kehidupan yang sebenar.

Abang begitu bersyukur punya isteri sesolehah kamu sayang. Dalam setiap doa,abang tak lupa titipkan doa yang istimewa buat kamu. Abang sentiasa doakan semoga Allah memberi syurgaNya buat kamu sayang. Memang itu lah yang selayaknya buat kamu sayang. Di sini, abang titipkan lagu maher zain yang selalu abang dendangkan buat kamu.. Walaupun abang tahu suara abang ni tak der la sedap macam maher zain. Tapi abang terhibur bila kamu begitu gembira bila abang nyanyikan lagu ini. Terima lah sayang..

Ahad, 6 November 2011

Pengorbanan menuntut 1000 kesabaran.

Assalamualaikum.

Di doakan agar kita semua berada dalam naungan rahmat dan kasih sayang Allah selalu. Sempena menyambut hari raya aidil adha hari ini, marilah kita sama2 mengambil iktibar dan pengajaran dari sirah nabi Allah Ibrahim 'alaihissalam bersama anaknya nabi Ismail. Betapa seorg bapa yang sanggup mengorbankan rasa kasih sayang terhadap si anak demi menyambut dan mentaati perintah Allah. Dan betapa seorg anak itu pula sanggup menjadi korban demi taat dan kasih pada Allah. Dan akhirnya Allah telah menukarkan nabi Ismail dengan seekor kibasy sebagai gantinya. Allahu Akbar!!!

Dalam dunia hari ini adakah kita mampu berkorban seperti ini? Masing2 saya yakin punya jawapannya. Sama2lahkita muhasabah diri kita betapa kita hari ini terlalu ampuh jiwanya.Terlalu lemah jika nak dibandingkan dengan sahabat2 zaman rasulullah yang sanggup berkorban apa sahaja demi melihat Islam itu tertegak di bumi mereka. Lihat sahaja lah pengorbanan Saidatina Khadijah. Yang sanggup menghabiskan hartanya demi Islam. Begitu juga dengan Abdul Rahman Ibnu Auf dan beberapa lagi sahabat yang lain.

Oleh itu, sama2 lah kita transformasikan diri kita untuk menjadi ke arah yang lebih baik dan lebih cemerlang. Agar ia mampu menjadi amal buat kta di sana nanti. Buat isteri yang tersayang.. semoga segala pengorbanan mu di beri ganjaran syurga oleh Allah. Terima kasih atas segala layanan dan pengorbanan yang telah di lakukan demi melihat keluarga kita bahagia dan cemerlang dunia sehingga akhirat. InsyaAllah!

Berkorban tak semestinya terkorban.

Isnin, 31 Oktober 2011

Hari yang penuh kebahagiaan.

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama menyepi. Hari ini aku hadir kembali ke laman ini. Alhamdulillah. Betapa aku bahagia bersamamu wahai isteriku. Cukuplah kamu sebagai penghiburku. Teman di kala aku memerlukan. Pemberi semangat di kala aku memerlukan kekuatan. Sayang.. Jangan diucap lagi kalimah2 yang bisa meruntun jiwaku. Betapa aku tak sanggup kehilangan mu. Anggaplah semua yang hadir itu sebagai ujian dari Nya buat meningkatkan lagi keimanan dan pegangan kita kepadaNya.

Sayang.. Kamu lah bidadari syurga yang Allah titipkan buatku. Tersenyum lah sayang. Kerana sudah lama ku rindukan senyuman mu itu. Ku benar2 berterima kasih kepada Allah kerana menghantar seorg yang berhati mulia yang bisa membuatkan bidadariku kembali senyum. Terima kasih ustazah 'R'.

Ku doakan semoga dirimu diberi kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan oleh Nya. Agar aku dapat menatap senyuman mu yang indah itu setiap hari saat dan ketika.Betapa aku sayang kamu.

Sabtu, 4 Disember 2010

Sambungan cerita hari tu..

Salam 'alayk..

Pertamanya thanx pada semua yang respon.Ramai yang tertunggu2 sambungan citer tu kan? Bagaimana tindakan pelajar tersebut dan apa respon zaujah ku? Memang aku tabik spring ke anak murid aku ni. (sebab ada sifat berani yang tak bertempat) Aku mati2 ingat dia hanya main2 dengan kata2nya itu..rupa2nya mmg sungguh. Bahayanya apabila rasa malu itu tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya.

2 minggu sebelum cuti akhir tahun baru2 ni, zaujah ku telah dijemput untuk mengadakan satu slot ceramah untuk pelajar tingkatan 5 sekolah ku.. Dan dalam masa yang sama aku telah dijemput oleh pengetua sekolah aku untuk duduk sekali atas pentas masa majlis penutup tu. Dan waktu pengetua berucap dia telah buat pengumuman sekalian alam yang penceramah jemputan itu adalah zaujah aku. Ternganga mulut budak2 tingkatan 5 sekolah aku. memang unsangkerable sungguh. Sebab aku dah pakat ngan zaujah ku untuk x bagitahu kat budak2 yang kami ni suami isteri. Bukan apa,saja je la.Sebab budak2 aku ni memang dah lama sangat nak kenal saper la zaujah kesayangan ku yang aku selalu bawakan contoh setiap kali sessi pembelajaran dalam kelas. Hari tu dah selesai  majlis penutup, macam artis la pulak budak2 sibuk nak bergambar dengan kami berdua.Siap je amik gambar, datang la pelajar yang aku cakap tu. Dengan muka yang langsung x rasa bersalah, daatang jumpa zaujah aku.

"ustazah, boleh kita jumpa lepas ni? Saya ada hal yang nak dibincangkan. Dan saya rasa saya patut bincang dengan ustazah.Kalau boleh personal ye. Antara saya dan ustazah sahaja." Beranikan budak tu?

Dah selesai segalanya, maka kami pun berangkat pulang la ke rumah.Dalam kereta, aku tengok zaujah aku ni relax je. Senyuman yang menawan itu memang tak pernah lekang di bibirnya. Cakap pun ok je.Tak ada sebarang perubahan pun. Dalam hati aku ni, hanya Allah je yang tahu betapa aku ni nak tahunya apa yang dibincangkan dengan budak tu tadi.Serasa nak pecah dada ni. Kalau aku tanyakan nampak sangat. Tiba-tiba...

" Sabar ye sayang..jangan berperang dengan perasaan sendiri.Sayang tahu abang nak sangat tahu apa yang kami bincang tadi kan?Okay..nanti sampai rumah kita sayang bagitahu abang."

Itu lah kami.. Tanpa suara & kata2 kami masih mampu berkomunikasi. Terima kasih Ya Allah atas ni'mat kurniaanMu ini.

Alhamdulillah..Akhirnya kami sampai dengan selamat. Dan zaujah ku memberitahu segalanya pada ku.. Terpana aku seketika.. Subhanallah, seandainya semua wanita seperti dirimu, aku pasti dan yakin bahawa amanlah dunia ini. Nak tahu apa yang diberitahu??

"Abang, segalanya terletak pada keputusan abang. Sebab sayang tahu, abang mampu segalanya. Baik dari segi urusan duniawi hinggalah ukhrawi. Dan abang boleh lihat hasil tarbiah abang hari ini kan? Abang.. Tiada apa yang sayang harapkan dari abang. Sayang hanya mahukan redha abang untuk dapatkan redha Allah. Sebab syurga bagi seorang isteri itu terletak pada keredhaan suaminya. Abang tahukan? Kalau abang boleh tarbiah sayang sehingga jadi seperti hari ini, sayang yakin..abang juga mampu mentarbiah bakal-bakal isteri abang yang lain. Ingat..setiap yang berlaku ini adalah aturan Allah belaka. InsyaAllah.. sayang akan cuba ikhlaskan hati untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku.Sayang tahu.. abang bukan milik sayang sorang. Abang selalu bercerita tentang sirah rasulullah pada sayang. Jadi sayang mahu abang jadi seperti rasulullah kerana baginda adalah suri tauladan hidup kita. Tentang sayang, usahlah abang risaukan. InsyaAllah.. Abang dah tarbiah sayang sebaik mungkin dan sayang yakin sekarang Allah juga sedang mentarbiah sayang atas apa yang terjadi ini. Kita kena lihat sesuatu itu dengan hikmah. Sebab Allah dah kata yang setiap yang Dia aturkan itu ada hikmahnya.Bukan sia-sia..Jadi siapa sangat la kita ni nak lawan segala ketentuan Dia kan? Sekarang..terpulang pada abang. Sayang hanya mampu memberi pandangan sebagai seorang isteri yang telah ditarbiah oleh abang dan sekarang sedaya mungkin cuba mempraktikkan apa yang telah ditarbiah selama ini..Sebab sayang nak syurga Allah dan sayang nak jadi isteri abang dunia dan akhirat."

Allah..Ya Allah.. Kau sediakanlah bagi isteri ku ini sebuah mahligai di syurgaMu kelak Ya Allah. Jadikanlah dia diantara teman kepada Ummul Mukminin, Saidatina Khadijah.. Ameen.

Hebat kan?Aku pulak yang malu pada diriku sendiri. Tak sangka zaujahku mempunyai pemikiran yang terlalu jauh kehadapan. Dia lebih nampak kehidupan diSANA daripada kehidupan yang sementara ini.Tentang keputusan itu..aku dah bagitahu pada zaujah ku dan pada pelajarku itu. Keputusanku tetap dan muktamad!! Tak ada talian hayat. Selagi nyawa dikandung badan, biarlah ku habiskan sisa kehidupan ku yang masih berbaki ini dengannya seorang sahaja. Cukuplah keperitan yang dah aku lalui selama 14 tahun dulu. Ya Allah, berilah aku peluang untuk merasai sekelumit bahagia.Janganlah Kau tarik kembali ni'mat bahagia yang baru Kau hadiahkan ini. Engkau Maha Mengetahui segalanya.. Aku mohon Ya Allah..

Isnin, 29 November 2010

Cemburu itu pakaian lelaki

Salam 'alayk..

Siapa ada baca harian metro semalam 28/11/2010? Yang ada berita seorang lelaki yang sanggup tetak isterinya kerana cemburu. Astaghfirullah.. Tak tahu la apa nak jadi dengan dunia hari ini. Kegansan berlaku di mana2. Hatta suami yang patut menjadi pelindung kepada isteri & anak2 pun dah tak mampu nak melindungi lagi. Kenapa semua ini berlaku dalam masyarakat muta'akhir ni? Dalam al-quran Allah ada nyatakan "telah lahir kemusnahan & kerosakan di muka bumi ini berpunca dari tangan manusia itu sendiri."

Biasa kita dengar perempuan yang kuat cemburunya. Betul tak? Rupa2nya..lelaki lagi hebat tahap cemburunya. Dalam kitab muhimmah jelas menyatakan bahawa cemburu itu pakaian bagi lelaki. Makna kata perempuan itu x layak cemburu. Tapi dunia hari ini terbalik. Cemburu tu dikatakan hak perempuan. Haish..pening jap bila memikarkan semua ini.

Kenapa dikatakan cemburu itu pakaian lelaki? Kerana bila dah disatukan dengan sah antara lelaki & perempuan itu maka secara mutlaknya si isteri tadi akan 100% millik si suami tadi. Bila disebut hak milik, maka dia ada hak untuk memastikan miliknya itu tak diambil orang. Betul tak? Tapi hari ini apa yang berlaku sebaliknya. Si isteri sibuk berprasangka yang bukan2 pada suami. Kenapa smua ni berlaku? Kerana di awal pemilihan pasangan itu mungkin berlaku kepincangan. Dalam hadith nabi ada sebut.. "kahwinilah kamu akan wanita itu atas 4 perkara..kerana rupa parasnya,hartanya,keturunannya, & agamanya..Maka hendaklah kamu memilih agamanya sebagai yang utama.." Tapi apa yang berlaku hari ini? Ramai yang memilh kecantikan sebagai asas pernikahannya.Tu yang jadi bila isteri dah tak cantik sibuk tengok yang lain.

Apa pun, tepuk dada tanyalah iman masing2.Okaylah, panjang umur kita sambung cerita lagi yang lebih menarik dan lebih panas.Aku bersyukur sangat kerana isteriku bukan lah dikategorikan cemburu orangnya. Malah dia pernah kata pada ku.."abang, di rumah abang memang milik sayang. Tapi once abang melangkah keluar rumah..abang dah jadi milik orang ramai. Hanya iman di dada abang sahaja lah yang mampu menjadi petunjuk pada abang bagi menilai mana intan dan mana kaca.."

Pernah anak muridku berkata pada ku..
"ustaz, mesti bertuah kalau siapa yang  bersuamikan ustaz. dan lebih bertuah kalau saya mampu miliki ustaz." Beraninya budak zaman sekarang. Dan aku jawab padanya.." kalu awak berani jumpa isteri saya dan minta izin sendiri dengannya, saya akan pertimbangkan permintaan awak."
Nak tahu apa tindakan budak itu? Bagaimana reaksi zaujah aku plak? Tunggu.. Bersambung next episod..

Ahad, 28 November 2010

Terima kasih.

Salam 'alayk..

Berapa ramai para suami hari ini yang mampu mengungkapkan TERIMA KASIH kepada isteri masing2? Tepuk dada tanya hati masing-masing. Bukankah Allah ada berkata..barangsiapa yang tidak berterima kasih sesama manusia, maka dia juga tidak berterima kasih kepada Ku. Kadang-kadang, sebagai suami, kita ego. Betul tak? Bila buat sesuatu kita nak isteri kita hargai. Tapi bagaimana dengan diri kita? Adakah kita menghargai setiap titik peluh isteri kita? Dia adalah segalanya.. Di rumah, dialah pembantu kita yang setia. Tak pernah mengeluh. Tak pernah meminta balasan atas setiap khidmat yang diberikan.

Lupakah kita akan isteri kita yang mengandungkan zuriat kita? Melahirkan zuriat kita? Mengasuh dan mendidik sehingga menjadi insan yang berguna? Lupakah kita akan semua itu? Kenapa pada hari ini ramai sangat sang suami yang akan menyalahkan isteri bila sesuatu yang tak elok berlaku pada anak2?

Lupakah kita yang anak2 itu adalah amanah Allah buat kita SUAMI ISTERI..? Jadi ia adalah tanggungjawab bersama. Janganlah sang suami hanya nampak silap isteri bila anak2 jadi x ketahuan. Boleh jadi ia juga berpunca dari diri kita.

Mulai hari ini belajarlah mengungkapkan Terima Kasih pada isteri - isteri anda.Ingatlah segala pengorbanan dan penat lelah mereka selama ini. Hargailah mereka. Kerana mereka adalah teman anda di kala susah dan senang. Jangan lah perhambakan isteri dan meletakkan dia di tempat yang tak sepatutnya.Tak jatuh nya martabat anda sebagai suami kalau buat baik pada isteri.

Sekiranya ingin di hargai..Kita terlebih dahulu kena belajar menghargai. Jangan di tunggu ungkapan Terima kasih dari org lain. Sebaliknya belajarlah mengungkapkan terima kasih itu terlebih dahulu. InsyaAllah.. Allah dah janji kan..setiap yang kamu buat itu kamu akan terima kembali. Buat baik..kita akan dapat baik. Buat jahat..sendiri mau ingat la.What you give..You can get back! Ingat tu.

Buat isteri ku yang tersayang.. Terima kasih atas segalanya. Abang begitu bertuah punya zaujah sehebat kamu. Di rumah..kamu adalah isteri..di jalanan kamu adalah sahabat. Di kala diri ini kebuntuan, kamulah penunjuk jalan. Kamu lah isteri penyejuk mata..penawar hati dan penajam fikiran ku. Abang sayang kamu sangat-sangat. Semoga kebahagiaan ini sampai ke syurgaNya nanti. Terima kasih Ya Allah..Kau telah hantarkan dirinya sebagai pelengkap kepada hidupku. Sebagai sayap kiri perjuangan ku. Terima kasih kerana Kau telah pinjamkan dia untukku. Jadikanlah kami pasangan yang sentiasa dalam redhaMu. Semoga syurga menjadi miliknya dan aku amat berharap agar dapat menjadi suaminya di syurgaMu nanti Ya Allah!