Salam 'alayk..
Siapa ada baca harian metro semalam 28/11/2010? Yang ada berita seorang lelaki yang sanggup tetak isterinya kerana cemburu. Astaghfirullah.. Tak tahu la apa nak jadi dengan dunia hari ini. Kegansan berlaku di mana2. Hatta suami yang patut menjadi pelindung kepada isteri & anak2 pun dah tak mampu nak melindungi lagi. Kenapa semua ini berlaku dalam masyarakat muta'akhir ni? Dalam al-quran Allah ada nyatakan "telah lahir kemusnahan & kerosakan di muka bumi ini berpunca dari tangan manusia itu sendiri."
Biasa kita dengar perempuan yang kuat cemburunya. Betul tak? Rupa2nya..lelaki lagi hebat tahap cemburunya. Dalam kitab muhimmah jelas menyatakan bahawa cemburu itu pakaian bagi lelaki. Makna kata perempuan itu x layak cemburu. Tapi dunia hari ini terbalik. Cemburu tu dikatakan hak perempuan. Haish..pening jap bila memikarkan semua ini.
Kenapa dikatakan cemburu itu pakaian lelaki? Kerana bila dah disatukan dengan sah antara lelaki & perempuan itu maka secara mutlaknya si isteri tadi akan 100% millik si suami tadi. Bila disebut hak milik, maka dia ada hak untuk memastikan miliknya itu tak diambil orang. Betul tak? Tapi hari ini apa yang berlaku sebaliknya. Si isteri sibuk berprasangka yang bukan2 pada suami. Kenapa smua ni berlaku? Kerana di awal pemilihan pasangan itu mungkin berlaku kepincangan. Dalam hadith nabi ada sebut.. "kahwinilah kamu akan wanita itu atas 4 perkara..kerana rupa parasnya,hartanya,keturunannya, & agamanya..Maka hendaklah kamu memilih agamanya sebagai yang utama.." Tapi apa yang berlaku hari ini? Ramai yang memilh kecantikan sebagai asas pernikahannya.Tu yang jadi bila isteri dah tak cantik sibuk tengok yang lain.
Apa pun, tepuk dada tanyalah iman masing2.Okaylah, panjang umur kita sambung cerita lagi yang lebih menarik dan lebih panas.Aku bersyukur sangat kerana isteriku bukan lah dikategorikan cemburu orangnya. Malah dia pernah kata pada ku.."abang, di rumah abang memang milik sayang. Tapi once abang melangkah keluar rumah..abang dah jadi milik orang ramai. Hanya iman di dada abang sahaja lah yang mampu menjadi petunjuk pada abang bagi menilai mana intan dan mana kaca.."
Pernah anak muridku berkata pada ku..
"ustaz, mesti bertuah kalau siapa yang bersuamikan ustaz. dan lebih bertuah kalau saya mampu miliki ustaz." Beraninya budak zaman sekarang. Dan aku jawab padanya.." kalu awak berani jumpa isteri saya dan minta izin sendiri dengannya, saya akan pertimbangkan permintaan awak."
Nak tahu apa tindakan budak itu? Bagaimana reaksi zaujah aku plak? Tunggu.. Bersambung next episod..
Hati seorang wanita itu terletak pada mulutnya. Tapi.. Mulut seorang lelaki itu terletak pada hatinya.
Isnin, 29 November 2010
Ahad, 28 November 2010
Terima kasih.
Salam 'alayk..
Berapa ramai para suami hari ini yang mampu mengungkapkan TERIMA KASIH kepada isteri masing2? Tepuk dada tanya hati masing-masing. Bukankah Allah ada berkata..barangsiapa yang tidak berterima kasih sesama manusia, maka dia juga tidak berterima kasih kepada Ku. Kadang-kadang, sebagai suami, kita ego. Betul tak? Bila buat sesuatu kita nak isteri kita hargai. Tapi bagaimana dengan diri kita? Adakah kita menghargai setiap titik peluh isteri kita? Dia adalah segalanya.. Di rumah, dialah pembantu kita yang setia. Tak pernah mengeluh. Tak pernah meminta balasan atas setiap khidmat yang diberikan.
Lupakah kita akan isteri kita yang mengandungkan zuriat kita? Melahirkan zuriat kita? Mengasuh dan mendidik sehingga menjadi insan yang berguna? Lupakah kita akan semua itu? Kenapa pada hari ini ramai sangat sang suami yang akan menyalahkan isteri bila sesuatu yang tak elok berlaku pada anak2?
Lupakah kita yang anak2 itu adalah amanah Allah buat kita SUAMI ISTERI..? Jadi ia adalah tanggungjawab bersama. Janganlah sang suami hanya nampak silap isteri bila anak2 jadi x ketahuan. Boleh jadi ia juga berpunca dari diri kita.
Mulai hari ini belajarlah mengungkapkan Terima Kasih pada isteri - isteri anda.Ingatlah segala pengorbanan dan penat lelah mereka selama ini. Hargailah mereka. Kerana mereka adalah teman anda di kala susah dan senang. Jangan lah perhambakan isteri dan meletakkan dia di tempat yang tak sepatutnya.Tak jatuh nya martabat anda sebagai suami kalau buat baik pada isteri.
Sekiranya ingin di hargai..Kita terlebih dahulu kena belajar menghargai. Jangan di tunggu ungkapan Terima kasih dari org lain. Sebaliknya belajarlah mengungkapkan terima kasih itu terlebih dahulu. InsyaAllah.. Allah dah janji kan..setiap yang kamu buat itu kamu akan terima kembali. Buat baik..kita akan dapat baik. Buat jahat..sendiri mau ingat la.What you give..You can get back! Ingat tu.
Buat isteri ku yang tersayang.. Terima kasih atas segalanya. Abang begitu bertuah punya zaujah sehebat kamu. Di rumah..kamu adalah isteri..di jalanan kamu adalah sahabat. Di kala diri ini kebuntuan, kamulah penunjuk jalan. Kamu lah isteri penyejuk mata..penawar hati dan penajam fikiran ku. Abang sayang kamu sangat-sangat. Semoga kebahagiaan ini sampai ke syurgaNya nanti. Terima kasih Ya Allah..Kau telah hantarkan dirinya sebagai pelengkap kepada hidupku. Sebagai sayap kiri perjuangan ku. Terima kasih kerana Kau telah pinjamkan dia untukku. Jadikanlah kami pasangan yang sentiasa dalam redhaMu. Semoga syurga menjadi miliknya dan aku amat berharap agar dapat menjadi suaminya di syurgaMu nanti Ya Allah!

Sabtu, 27 November 2010
Salam pembuka bicara.
Assalamualaikum.
Salam buat semua. Ku dedikasikan blog ini khas untuk isteri tersayang. Sentiasa ku doakan agar syurga menjadi milikmu. Terima kasih atas segala kasih sayang yang dicurahkan selama ini. Aku begitu bangga punya isteri seperti kamu sayang..

Langgan:
Ulasan (Atom)